Emad Tour Guide

City of Cairo & Alexandria, 3 Hari 2 Malam

$1330
Book now on WhatsApp
← All tours

1 HIR Cairo International Airport ( L )

Selamat Datang ke Bumi penuh bersejarah Mesir. Kami akan menjemput anda di Cairo International Airport pada jam 9.00 pagi. Menziarahi Makam Imam Syafie iaitu pengasas Mazhab Syafie'iaitu Imam Muhamad Ibn IdrisAs Syafieserta gurunya Imam Waqi’ dan juga Masjid Pertama dan Tertua di Benua Afrika yang dibina sendiri oleh Sahabat Nabi S.A.W iaitu Saidina Amru Ibn Asr.

Makan tengahari dan Selepas itu melawati Muzium Mesir yang terletak di Tahrir Square.Muzium Mesir antara Muzium yang paling berharga di dunia kerana mempunyai Artifak-artifak berusia 5000 tahun dan juga banyak menyimpan pelbagai koleksi-koleksi ketamadunan 7000 tahun. Antara Mumia yang dipamerkan adalah MrenPtah, Ramsess II, Tutmosis, Tutankhamun,Hatshepsut dan juga koleksi harta dan topeng emas Tutankhamun. Selesai disebelah petang, daftar masuk penginapan untuk berehat.

2HIR Cairo - Alexandria ( B/L/D )

Daftar keluar penginapan dan sarapan jam 7.00 pagi dan bertolak ke Bandar ke-2 terbesar di Mesir iaitu Alexandria yang terletak 220 KM dari Cairo, berlautkan Mediterranean. Bandar ke-2 terbesar di Mesir selepas Qaherah yang diberi nama bersempena nama Alexander the great. Alexander The Great menapakkan kaki dibumi Iskandariah dan terus berkata " Disinilah akan ku bangunkan kotaku setelah lama ku impikan". Maka bangunlah kota ini pada musim gugur tahun 332 SM. Kota ini diperintahkan dan dijaga serta dikawal selia oleh Denokrates untuk merialisasikan apa yang dihajiti oleh Alexander.Hanya setahun sahaja sang raja menduduki kota tersebut dan keluar pada tahun 331 SM.

Sarapan dalam perjalanan, Dijangka tiba jam 10.00 pagi, Melawati Kubu Sultan Qaitbay yang didirikan oleh Sultan El Ashraf Sayf Ad Deen Qaitbay seorang Khalifah ke-18 semasa Kesultanan Mamalik di Mesir pada 1472 M. Seterusnya menziarahi Masjid Abu Abbas El Mursi dan maqamnya, serta Maqam Imam El Bushairy dan Abu Darda’. Makan tengahari dan menziarahi Makam Luqman Hakim dan Nabi Danial, santai minum petang di tepi Lautan Mediterranean. Selesai jam 07.00 malam, pulang ke Cairo, makan malam dalam perjalanan serta pulang ke penginapan untuk berehat.

3HAIR Center of Cairo ( B/L )

Sarapan di penginapan. Jam 8.00 pagi daftar keluar penginapan dan dibawa melawati salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia iaitu Pyramid di Giza yang dikenali sebagai Cheops, Chephren dan Mykerinos. Kemudian ke Lembah Kuil tempat memumifikasikan Chephren, pemilik piramid ke-2. Juga anda akan melihat Sphinx badan singa berkepala manusia.

Makan tengahari dan Selepas itu anda akan melawati Kota Dinasti Fatimiyah yang bermula pada tahun 969 SM yang dikenali sebagai Gates of Cairo. Kota ini ditutupi dengan tembok-tembok tinggi serta terdapat didalamnya Masjid-masjid lama yang sangat unik, dijadikan Madrassah, Pejabat dan lokasi kebajikan suatu ketika dahulu. Disamping itu, kita akan menziarahi Masjid Al Azhar dan Maqam Saidina Hussein disitu. Anda berpeluang untuk membeli belah di Bazaar 1000 Tahun iaitu Bazaar Khan Al Khalili. Selesai jam 06.00 petang, dihantar ke Cairo International Airport untuk berlepas pulang.

Trip Includes

Trip Excludes

Your Trip Quotes as below 2027

The Rates per person

From 2- 4 person 1380$ per person

5-10 person 1290$ per person

The Rates for group pales contact us

All Ground
USD 1330 per person

Book this tour

Message us on WhatsApp with your date and group size.

WhatsApp +201001493807WhatsApp +201141982374Call us